Skip to main content

Titik Mulaku sebagai calon PhD

Assalamualaikum...

Pada zaman dahulu kira-kira enam tahun lepas, aku mula berhasrat untuk penyambung pelajaran hingga ke PhD. Sewaktu itu, aku masih berumur dalam lingkungan 20 tahun di mana aku masih berada di peringkat sarjana muda. Aku sering menyatakan hasrat tersebut kepada kawanku kerana minatku yang mendalam dalam menjadi pengajar dalam bidangku iaitu kejuruteraan perisian.
Gambar kenangan selepas selesai majlis konvokesyen upm-40
bersama keluarga
Setelah hampir 2 tahun bekerja sambil belajar untuk program master di UPM, aku telah berjaya mengharungi semua cabaran. Alhamdulillah. Pada september 2016, berkat doa kedua-dua orang tuaku, keluarga, rakan-rakan, pensyarah-pensyarah aku telah dianugerahkan ijazah sarjana. 

Kini usiaku 26tahun, aku di semester kedua pengajian phd ku dan masih mengekalkan momentum untuk aku terus maju kehadapan. Dr Novia telah menjadi penyelia pilihanku serta dua lagi pembantu penyelia iaitu Dr Hayati serta Dr Hafeez. Secara jujurnya, aku tidak menyangka aku akan menyambung phd dibawah penyeliaan Dr Novia kerana bagi aku, beliau sangat komited dalam kerjanya dan aku takut tidak dapat mengikut rentak beliau. Namun, setelah meneliti dari semua aspek, aku harus berada di bawah penyeliaanya kerana beliau seorang yang sangat bagus dalam memberi cadangan serta tunjuk ajar. Setakat ini, seminggu sekali aku dikehendaki berjumpa dengannya untuk berbincang mengenai progress kajianku dan aku juga harus mengajar pelajar degree 6 jam seminggu untuk kursus Component Based Software Engineering. Aku harus mengajar mereka coding dan programming. Aku juga harus menghadirkan diri seminggu sekali ke office atas tujuan kerja. Aku cuba untuk menjadikan perjalanan ini sebagai satu perjalanan yang indah walaupun pada mulanya sedikit goyah.

Secara umumnya, kajian phd ku berkisar mengenai Service Engineering di mana aku mengambil kira aspek Service Adaptation menggunakan kaedah Ontology. Bagi aku, tiada apa di dunia ini boleh diperoleh dengan mudah. Segalanya memerlukan pengorbanan dan kefahaman dari orang sekililing.
Ia satu perjalanan yang sunyi dan penuh cabaran. Cara untuk aku menenangkan fikiran adalah dengan cara memasuki larian bersama-sama penyelia ataupun mendaki gunung bersama kawan, memasak, menanam pokok bunga di laman rumah ataupun mencuba resepi kek yang baharu. Setiap bulan, aku akan memasuki larian 10km bersama penyelia atau rakan-rakan untuk membina stamina dan minda yang kuat. Ingat lagi pepatah arab sewaktu tingkatan dua dahulu, 

العَقْلُ السَّلِيْمُ فيِ الجِسِْم السَّلِيْمِ (al'aqlus salim fil jismis salim)

Akal yang sihat/cerdas itu terletak pada badan yang sihat.

Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan daripada NYA. Amin.




Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan PhD ku

Assalamualaikum Entri kali ini adalah berkenaan dengan perjalanan ku untuk mendapatkan PhD pada usia 28 tahun. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa aku untuk menggenggam PhD sebelum aku berusia 30 tahun. Aku pernah letak satu azam pada tahun 2010. Waktu itu aku berada dalam semester pertama pengajian sarjana muda aku di UPM. Aku sedang menunggu bas bersama kawan baikku, Ahmad Amirrul. Kata aku “Mirul, aku nak jadi lecturer. Aku nak dpt PhD sebelum umur aku 30 tahun”. Ya, itulah ayat aku. Mungkin passion aku adalah mengajar. Aku tak biarkan azam aku tu menjadi angan-angan semata-mata. Alhamdulillah selepas tamat pengajian Master di universiti yang sama pada Jun 2016, aku mendaftarkan diri dalam pengajian doktor falsafah, kejuruteraan perisian (Software Engineering) di fakulti yang sama iaitu Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM pada tahun yang sama bulan September 2016.

Selamat Hari Guru 2017

Aku dibesarkan di kampung. Mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas (f) P/7. Setiap hari mak hantarku ke sekolah jalan kaki sejauh 0.5km. Mak akan mengait baju di pondok berhadapan dengan kelas kerana khuatir akanku yang sering menangis. Cikgu Lina seorang guru kelas yang baik. Mak akan senyap2 balik ke rumah bila dia tgk aku macam dah ok. kadang2 bila mak kantoi tinggalkan aku, aku nangis2 balik rumah tinggalkan kelas tadika tu. Pening cikgu tu dibuatnya. Sory Cikgu.