Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Kelas Dr Salfarina

ASSALAMUALAIKUM ( MY 2ND ENTRY !! ) Awas, post ini dibaca oleh pensyarah saya. So, saya kene behave ok. Pada zaman dahulu... Saya diarahkan oleh Dr Salfarina Bt Abdullah iaitu pensyarah saya bagi kursus Perdagangan Elektronik ( SIM4208 ) untuk beritahu perasaan berada dalam kuliah tersebut. "Seriously???".... Secara jujurnya, saya "suka" kelas pagi pukul 8am sebab kelas pagi ni segar dan tak mengantuk. Jadi saya akan cuba datang seawal mungkin supaya Dr tidak marah tetapi kadang-kadang saya terjaga lewat dan bila lewat mulalah jalan nak jem dengan semua orang nak masuk kerja pukul 8am. Masa itu, kena lah redo je kalau kena marah sebab memang silap sendiri. Sememangnya banyak input baru yang saya dapat dalam kelas Dr Salfarina sebab dia cuba untuk buat kami faham apa yang diajarnya mungkin sebab dia tahu dan pernah berada di tempat kami dahulu.

Anak Cik Mat

ASSALAMUALAIKUM Pada zaman dahulu... Tanggal 13 September 1991 jam 2pagi, seorang bayi lelaki selamat dilahirkan oleh seorang wanita hebat, NurSabariah bt Bidin. Aku dilahirkan dalam keadaan keseluruhan badanku terbelit tali pusat kerana emak tergelincir di bilik mandi. Badanku menjadi belang hitam putih kesan daripada kejadian tersebut. Aku dimasukkan ke dalam incubator dibantu oleh alat sokongan pernafasan.