Skip to main content

Anak Cik Mat

ASSALAMUALAIKUM

Pada zaman dahulu...

Tanggal 13 September 1991 jam 2pagi, seorang bayi lelaki selamat dilahirkan oleh seorang wanita hebat, NurSabariah bt Bidin. Aku dilahirkan dalam keadaan keseluruhan badanku terbelit tali pusat kerana emak tergelincir di bilik mandi.

Badanku menjadi belang hitam putih kesan daripada kejadian tersebut.
Aku dimasukkan ke dalam incubator dibantu oleh alat sokongan pernafasan.


Emak menyarungkan ku dengan lampin kakak ku dahulu yang masih elok walaupun sedikit lusuh.

Aku diberi nama Muhamad Sufri B. Muhammad. Sehingga kini aku tidak tahu apa yang membuatkan mereka meletakkan nama "Sufri" itu kepadaku. 



Aku bersyukur kerana lahir dalam keluarga ini. Aku menumpang kasih, bergantung harap dari kedua-dua ibu bapaku bersama lima lagi adik-beradikku yang lain. Emak dan ayah tidak pernah membezakan aku dan anaknya yang lain.

Aku dibesarkan oleh mereka di Negeri Sembilan. Emakku berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berketurunan Minangkabau. Manakala ayahku berasal dari Alor Gajah, Melaka yang berketurunan Arab dan Nyonya.

Seingat aku, ketika aku kecil, setiap hujung minggu ayah dan emak akan bawa kami menziarahi atuk dan nenek di kampung.  Makan buah rambutan, manggis, durian, kundang, langsat dan macam-macam lagi.

Tetapi, setiap yang bernyawa pasti akan pergi, atukku kemalangan ketika mengayuh basikal ke pasar, nenekku meninggal akibat tumor otak. Aku reda dengan pemergian mereka walaupun aku sangat menyayangi mereka.

Selama 18tahun, aku hidup di Negeri Sembilan. Sejak darjah satu sehingga tingkatan lima aku bersekolah di sana. Selepas itu aku memasuki Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan selama setahun dan selepas itu aku melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Sememangnya masa yang terluang akan aku gunakan untuk bekerja sambilan kerana aku bukannya datang dari golongan orang berada.

Kerja pertama yang aku buat selepas SPM adalah menjadi pembantu pegawai pemasaran di Pasaraya Bintang di Ampang. Aku seronok bekerja di sana kerana aku harus menghias pasaraya tersebut dengan cantik berdasarkan tema yang diberi. Di situ aku belajar untuk berdikari walaupun ketika itu aku tinggal bersama kakak sulungku. Setiap cuti semester, aku akan cuba untuk mencari kerja sambilan.

Aku juga pernah bekerja di Careffour, KFC, dan Starbuck sebagai juruwang. Dari situ aku belajar untuk berkomuikasi dan tahan dari amukkan dan pelanggan yang marah. Hehee .. Kenangan tersebut tidak akan aku lupakan. Hobi aku pula, aku suka tengok wayang, mendaki gunung dan menyanyi.

Apabila sedih aku menyanyi, apabila gembira aku tengok wayang, apabila aku stress aku panjat gunung. Itulah rutin aku di universiti selain ke kelas. Kehidupan di universiti banyak mengajarku menjadi lebih matang, dan mengajarku supaya berhati-hati memilih kawan. Emak selalu pesan, “Uda, cari kawan biar yang elok.”. Aku akan pegang kata-kata Emak. Aku harap suatu hari nanti aku dapat membalas jasa kedua-dua orang tuaku supaya mereka gembira sampai bila-bila. InshaAllah.

~Keluarga saya~

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru 2017

Aku dibesarkan di kampung. Mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas (f) P/7. Setiap hari mak hantarku ke sekolah jalan kaki sejauh 0.5km. Mak akan mengait baju di pondok berhadapan dengan kelas kerana khuatir akanku yang sering menangis. Cikgu Lina seorang guru kelas yang baik. Mak akan senyap2 balik ke rumah bila dia tgk aku macam dah ok. kadang2 bila mak kantoi tinggalkan aku, aku nangis2 balik rumah tinggalkan kelas tadika tu. Pening cikgu tu dibuatnya. Sory Cikgu.  

Perjalanan PhD ku

Assalamualaikum Entri kali ini adalah berkenaan dengan perjalanan ku untuk mendapatkan PhD pada usia 28 tahun. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa aku untuk menggenggam PhD sebelum aku berusia 30 tahun. Aku pernah letak satu azam pada tahun 2010. Waktu itu aku berada dalam semester pertama pengajian sarjana muda aku di UPM. Aku sedang menunggu bas bersama kawan baikku, Ahmad Amirrul. Kata aku “Mirul, aku nak jadi lecturer. Aku nak dpt PhD sebelum umur aku 30 tahun”. Ya, itulah ayat aku. Mungkin passion aku adalah mengajar. Aku tak biarkan azam aku tu menjadi angan-angan semata-mata. Alhamdulillah selepas tamat pengajian Master di universiti yang sama pada Jun 2016, aku mendaftarkan diri dalam pengajian doktor falsafah, kejuruteraan perisian (Software Engineering) di fakulti yang sama iaitu Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM pada tahun yang sama bulan September 2016.

Journey Towards Master's Degree

Assalamualaikum... What a surprise result this morning! I found myself floating back into the memory of the long journey that brought me to this moment. It all started two years back #padazamandahulu , just before my bachelor’s degree graduation where I was accepted to further my studies at Universiti Putra Malaysia pursuing Master Degree in Computer Science Software Engineering.