Skip to main content

Perjalanan PhD ku

Assalamualaikum

Entri kali ini adalah berkenaan dengan perjalanan ku untuk mendapatkan PhD pada usia 28 tahun.
Alhamdulillah, Allah kabulkan doa aku untuk menggenggam PhD sebelum aku berusia 30 tahun. Aku pernah letak satu azam pada tahun 2010. Waktu itu aku berada dalam semester pertama pengajian sarjana muda aku di UPM. Aku sedang menunggu bas bersama kawan baikku, Ahmad Amirrul. Kata aku “Mirul, aku nak jadi lecturer. Aku nak dpt PhD sebelum umur aku 30 tahun”. Ya, itulah ayat aku. Mungkin passion aku adalah mengajar. Aku tak biarkan azam aku tu menjadi angan-angan semata-mata. Alhamdulillah selepas tamat pengajian Master di universiti yang sama pada Jun 2016, aku mendaftarkan diri dalam pengajian doktor falsafah, kejuruteraan perisian (Software Engineering) di fakulti yang sama iaitu Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM pada tahun yang sama bulan September 2016.

2016 (September)
Bermulalah hidupku sebagai seorang pelajar PhD pada usia 25 tahun. Supervisor PhD yang aku pilih ialah Assoc. Professor Dr Novia Admodisastro. Sebab aku memilih beliau adalah kerana mutu kerjanya yang bagus dan beliau sangat komited dalam apa juga kerja yang diberikan. Sewaktu permulaan pengajianku, aku masih bekerja sebagai software engineer di satu company swasta iaitu Superchampz Sdn. Bhd. di Bangsar South, Kuala Lumpur. Ya, aku penat sebab aku harus membahagikan otak aku kepada dua bahagian, separuh fikir kerja, separuh fikir PhD. Kalau resign nanti nak makan apa. Aku bukan dari keluarga yang senang. Komitmen pon dah ada. Kadang-kadang waktu berkerja tu, rasa nak buka kerja PhD aku, tapi aku batalkan niat aku sebab takut duit gaji kerja aku tak berkat sebab tak gunakan waktu sepenuhnya untuk berkerja. Duit untuk bagi mak ayah haruslah berkat.

Disebabkan pengajian Master aku sebelum ini adalah bukan research mode, tetapi Coursework mode, jadi, pemahaman aku untuk menjalankan research adalah terhad. Lalu, supervisorku Dr Novia, (aku panggil beliau, Dr Novi) ingin membantu aku untuk membuat kelas komprehensif untukku dua kali seminggu jam 7.30am - 8am (Isnin dan Jumaat). Ya, setiap isnin dan jumaat jam 7.30am, aku dah datang di fakulti untuk berjumpa Dr Novi. Beliau ajar aku cara baca journal, cara extract data daripada journal, cara untuk cari gap dalam research dan semua kaedah awal untuk memulakan research. Lepas jumpa Dr Novi, aku bergegas park kereta di KTM serdang, naik KTM ker KL Sentral, tukar train ke Kerinchi dan berjalan ke office sebelum 9.30am. 

Pada Disember 2016, aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Bangsar South sebab aku nak fokus dgn PhD aku. PhD is my priority now. Tak kisahlah aku tidak ada gaji ker, aku akan gunakan simpanan yang aku ada sebaik mungkin. Aku beritahu bos aku, Dave and Amrit atas kemahuan aku untuk berhenti kerja. Disebabkan aku satu-satunya yang menguruskan software, website from scratch, so my bosses suruh aku datang sekali je seminggu iaitu hari Rabu ke office, dan mereka akan bayar separuh daripada gaji aku. Bayangkan, 4kali je aku bekerja dalam sebulan.

2017 (Januari)
Kini, aku hanya buat research di fakulti. Isnin dan jumaat setiap minggu jumpa Dr Novi untuk research progress, dan Rabu aku ke Bangsar South. Kadang-kadang ada juga lecturer hire aku untuk ajar student dalam lab atau programming. Aku dibayar RM100-150 sejam. Kadang-kadang seminggu tu dapatla 4 – 5 ratus. Disebabkan aku nak betul-betul fokus dlm PhD, aku totally resigned kerja aku dekat bangsar south tu sebab aku rasa sedikit terbeban. Kini, sumber pendapatan aku zero. Simpanan berkurang dari sehari ke sehari.

One day, bulan Mei 2017, aku dapat tahu ada 14 kekosongan jawatan pensyarah muda UPM. Tapi masa aku tahu berita tu, due date permohonan nak tamat lagi dua hari. Aku pon isi borang minta cop ketua jabatan, tapi permohonan aku tak sempat nak di cop oleh dekan fakulti aku. So aku rasa, takpela sufri, bukan rezeki kau.
Selepas dua minggu dari kejadian tu, pihak pendaftar telefon aku:-
Pn. Azilawati Pendaftar : Assalamualaikum, Tahniah En Sufri sebab berjaya. Nanti emailkan saya surat beranak emak dan ayah
Aku : Waalaikumussalam, tapi puan, permohonan saya haritu dah lebih due date. Macamana boleh dapat.
Pn. Azilawati Pendaftar : Sebab dekan fakulti awak tolong awak.
Aku : Alhamdulillah, Terima kasih banyak ya.

Mak ayah aku orang yang sangat happy time tu. Supervisor aku lagilah happy. Macam-macam proses juga kene buat. Salah satunya kene ambil IELTS iaitu International English Language Testing System di British Council. Yuran dalam RM800. Nasib boleh claim. Alhamdulillah, sekali percubaan, aku dapat band 7.0 melepai minimum entry requirement UPM iaitu band 6. Jadilah. Untuk UKM rendah sikit iaitu Band 5 (sbb ada seorang candidate pensyarah muda ukm beritahu masa di British Council tu). Alhamdulillah, masa tu dapat gaji daripada UPM dan elaun daripada MOHE (Ministry of Higher Education).

2018
Perjalanan PhD aku Alhamdulillah smooth dan berjalan lancar. Dr Novi memang betul-betul follow my research Gantt Chart and setiap semester mesti achieved something.

1st Semester : Literature Review (2016)
2nd Semester : Defend Proposal (Publish paper) (2017)
3rd Semester : Implementation and Writing (Publish paper) (2017)
4th Semester : Comprehensive Examination and Improve proposed framework (2018)
5th Semester : Experiment (Publish paper) (2018)
6th Semester : Viva (2019)
7th Semester : Correction (2019)

Pengalaman pertama pergi present paper dekat conference masa tu sangat-sangat gugup dah takut. Masa tu Dr Novi suruh pergi sorang-sorang dekat bangi. Conference tu anjuran UNITEN time tu. Then, balik dari conference, terus report semua yang terjadi dekat Dr Novi. Beliau excited nak dengar pengalaman pertama aku present paper. Aku pon cerita from A to Z.

Banyak sebenarnya yang terjadi masa 2018. My second publication was held in Hilton Hotel Kuching Sarawak. Masa ni, aku lebih confident dengan paper aku sebab content dah lebih comprehensive. Alhamdulillah, aku dapat anugerah paper terbaik pada malam tu. Tak sangka among all of the participants plus aku budak baru boleh dapat award tu. Syukur Alhamdulillah.

2019
Awal tahun 2019 aku dah tak boleh main-main. Aku jalankan experiment aku within 8 expert reviewers and software engineering students menggunakan triangulation method. Since my experiment is Quantitative Quasi Experiment, data daripada responden yang gunakan mobile application yang aku develop will be analysed untuk mengesahkan bahawa framework yang aku proposed berjaya atau tidak. Alhamdulillah, within 3 months, experiment selesai dan ready utk siapkan analysis and final thesis.

Dr Novi adalah seorang supervisor yang sangat detail dan perfectionist and sebab ini juga aku memilih dia as my supervisor since aku nak kerja PhD aku berkualiti. Setiap kali paper or hasil tulisan aku hendak dihantar, english proofread harus diutamakan. Begitu juga dengan thesis aku, harus di proofread terlebih dahulu. Proofreader yang aku selalu guna ialah Proofreader United. Boleh try cari dekat facebook. Memang recommended.

So, August 2019, aku dah hantar thesis aku. Dan kini aku hanya tunggu waktu viva aku. Minimum masa untuk menunggu ialah 3bulan dari tarikh hantar thesis tu. Sehingga November, tarikh pon tak dapat lagi. Rupanya ada masalah untuk external examiner aku (Dr Apostolos Zarraz from University of Ioannina, Greece), terpaksa tunggu lagi. Disember pon xde juga. Since aku kejar tarikh viva ni sebab awal Januari 2020, aku akan menunaikan umrah dengan mak dan ayah aku.

2020 (Januari)
Pada 9 Januari 2020, penerbangan aku ke Makkah seawal jam 5am waktu Malaysia. Ini ialah umrah pertama ku. Niatku hanya satu iaitu mencari keredaanNYA. Mungkin ada hikmah tarikh viva aku lambat supaya aku boleh meminta pertolongan daripada Allah. Terasa tenang dan sayu dan sangat bahagia dapat menunaikan umrah bersama mak ayah, tawaf Kaabah bersama-sama mereka. Alhamdulillah. Pada hari ke5 aku di Mekah, pihak UPM memberitahu aku melalui email bahawa tarikh viva aku adalah pada 28 Januari 2020. Perasaan yang lahir pada waktu itu ialah tersangat happy. Akhirnya tarikh yang aku tunggu dah hampir tiba. Mak ayah aku sangat bahagia apabila aku memberitahu akan berita ini. Aku merayu meminta pertolongan kepada Allah di depan Kaabah untuk membantu aku ketika viva nanti.

Umrah bersama Mak (Norsabariah Bt Bidin) dan Ayah (Muhammad Bin Sarip)

Alhamdulillah, 6 hari di Mekah dan 6 hari di Madinah adalah satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan dan aku akan ke sini lagi InshaAllah. Berkesempatan solat di Raudhah Masjid Nabawi adalah pengalaman yang sangat berharga. Sayu untuk meninggalkan bumi anbiya terutamanya Rasulullah S.A.W.

Setibanya di Malaysia, aku telah bersiap-siap untuk hari Viva ku pada 28 Januari 2020 jam 9 pagi di Bilik Viva 6, Sekolah Pengajian Siswazah UPM.

Selepas selesai Viva. Dr Novi adalah yg ditengah sekali.
Dari kanan, Chairman Dekan Prof Abu Bakar; examinar Prof Abd Azim; Co Supevisor Dr Hafeez; Main supervisor Assoc Prof Dr Novia, Examiner right beside me Assoc Prof Dr Marzanah; Co Chairman Dr Khaironi

Alhamdulillah Syukur Ya Allah. I passed my PhD viva voce with minor corrections pada jam 11am. Thanks to my parents, my family, my supervisory committee, Assoc Prof Dr Novia, Dr Hafeez and Assoc Prof Dr Hayati, my examiners, Prof Dr Abd Azim, Assoc Prof Dr Marzanah, chairman Prof Dr Abu Bakar (dia la dekan yang tolong aku untuk jawatan pensyarah muda tu), co. chairman Dr Khaironi. 
External Examiner, Dr Apostolos Zarraz from University of Ioannina, Greece and thanks to my friends and my students too for your Doa. Alhamdulillah.

Kini, semua correction telah dibuat dan final hard bound thesis telah siap di print. Hanya perasaan syukur yang dapat dizahirkan. Terima kasih Mak Ayah, adik beradik, Lecturers, upm staff, MOHE, sahabat handai, pelajar2 saya dan semua yang mengenali saya sewaktu hayat saya. Alhamdulillah.
Kini aku bergelar Doktor. PhD in Software Engineering



Kepada sesiapa yang masih dalam pengajian PhD atau ingin melanjutkan pelajaran pada peringkat PhD, nasihat aku ialah:-
  • Be humble and flexible enough to follow the leadership of your supervisory team knowing that your success is as important to them as it is to you. Belajar menerima pendapat orang lain.
  • PhD ni macam marathon. Kita kene simpan tenaga dah enjoy the journey toward the end. Bukan macam race, semua nak sampai dahulu, sebab takot tenaga atau momentum xcukup untuk sampai ke finishing line. Sebab tu juga aku masuk marathon dengan Dr Novi last year. Alhamdulillah aku berjaya habiskan 42km standard chartered marathon within 6.5 hours. Dr Novi pula berjaya habiskan half marathon dia.
  • Set realistic and achievable goals or milestones. A PhD has the tendency to rule and control your life if you let it, so have special reward or ‘cool off time’ once a milestone is reached and gather yourself to embark on reaching the next milestone.
  • Try to collect your data in a timely manner to have time to manage the data capturing and analysis phase.
  • Maintain a healthy study-life balance particularly if you are married and have kids. For me, I just get myself on running track whenever I have leisure time.
  • A PhD needs patience and passion. So you need to be self-motivated as the process could lapse and exceed the time.


SCKLM 2019 Full Marathon 42km. This is the medal and finisher tee that i got. 

All The Best to All. Be safe and take care. Stay healthy and #StayAtHome




Comments

  1. Wahhh hebatnye Prof.. sangat terinspirasi. TQ!!

    ReplyDelete
  2. Hard work paid off! This is soo inspiring. Somehow the struggles are relatable. Thanks sir for sharing, may Allah bless you and congratulations too. Maybe I could follow your footsteps one dayy :)

    ReplyDelete
  3. hebat ! tak semua orang boleh harung PHD ... err sis setakat Master sudahlah hahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru 2017

Aku dibesarkan di kampung. Mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas (f) P/7. Setiap hari mak hantarku ke sekolah jalan kaki sejauh 0.5km. Mak akan mengait baju di pondok berhadapan dengan kelas kerana khuatir akanku yang sering menangis. Cikgu Lina seorang guru kelas yang baik. Mak akan senyap2 balik ke rumah bila dia tgk aku macam dah ok. kadang2 bila mak kantoi tinggalkan aku, aku nangis2 balik rumah tinggalkan kelas tadika tu. Pening cikgu tu dibuatnya. Sory Cikgu.  

Titik Mulaku sebagai calon PhD

Assalamualaikum... Pada zaman dahulu kira-kira enam tahun lepas, aku mula berhasrat untuk penyambung pelajaran hingga ke PhD. Sewaktu itu, aku masih berumur dalam lingkungan 20 tahun di mana aku masih berada di peringkat sarjana muda. Aku sering menyatakan hasrat tersebut kepada kawanku kerana minatku yang mendalam dalam menjadi pengajar dalam bidangku iaitu kejuruteraan perisian.