Skip to main content

Selamat Hari Guru 2017

Aku dibesarkan di kampung. Mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas (f) P/7. Setiap hari mak hantarku ke sekolah jalan kaki sejauh 0.5km. Mak akan mengait baju di pondok berhadapan dengan kelas kerana khuatir akanku yang sering menangis. Cikgu Lina seorang guru kelas yang baik. Mak akan senyap2 balik ke rumah bila dia tgk aku macam dah ok. kadang2 bila mak kantoi tinggalkan aku, aku nangis2 balik rumah tinggalkan kelas tadika tu. Pening cikgu tu dibuatnya. Sory Cikgu.  


Tabika Kemas (1997)
Zaman Sekolah rendah adalah zaman yg xdapat aku lupakan, SKP7. Di sini aku mengenal erti kawan. Bawak bekal makan bawah pokok ru dgn kawan2. Main gelongsor tebing bukit, sorak2 kawan masuk dlm logi kumbahan, masuk hutan cari pokok keladi, explore perigi buta tepi sekolah, begaduh dgn kawan yg bumi ni bentuk sfera, main basikal tgh padang sekolah, buat jus akar kayu dari pokok2 dlm hutan, hahaa, tick2 kat jadual solat, main nyanyi2 dlm kelas, buat buku yang penuh lirik lagu, kalau dpt RMT (rancangan makanan tambahan) sgt2 excited.

.... and main kejar-kejar kat taman sekolah, tgk wayang cerita tarzan kat sekolah, enjoy jadi pustakawan, tangkap ikan dlm paya letak atas meja, hias2 bilik darjah, kene tampor dgn cikgu Rozita sbb xbawak kertas lukisan, pertandingan masak dpt no2 (tq mak sbb ajar org ikan masak kicap, tapi time nak transfer dlm mangkuk, ikan tu jatuh, tp cikgu Nizam suruh tiup2 and masukkan je dlm mangkuk) haha, tggu giliran ambil sayur bendi tanam belakang sekolah, tgk drama percintaan fareha and khairul, hehe, try nak bekawan dgn budak2 pndai mcm arwah azlan tp mcm xlayak, arwah karim oh rindunya, paling xleh lupa ayah Zulfakar mengamuk dlm kelas tendang2 meja sbb kami satu kelas didakwa buli anak dia, hehee, cikgu Kholilah campak buku sbb xsiap, takottt. and bejuta sorry kepada kembar wahid fauzi dulu sbb buli kau masa darjah 1 kurung dlm almari and goncang2 almari tu smpai tekena paku. Bila akaknya yg darjah 4 dtg, aku buat2 xtau. sorry k. Walaupun byk main dulu, tp time exam semua fokus . huhuuu.

Darjah 2 (1999)

Darjah 5 (2002)

Thanks Cikgu Azuna sbb ajar kami masa darjah 1 cara kenalpasti duit kertas tu palsu ke ori, thanks ustazah Zaharah sbb ajar saya kelas kafa dulu, Thanks cikgu Alias sbb marah2 kami xhafal sifir dulu, Thanks cikgu Rakib sbb cakap suara sy merdu masa kelas muzik dulu, merdu ke, Thanks sir Subendran sbb bawak sy pergi bahau masa drama english sekolah menengah dulu, Thanks cikgu Nizam sbb ajar BM, Thanks cikgu Halim sbb selalu sakat2 sy dgn gurauan yg budak2 lain mungkin xleh terima, haha, Thanks cikgu Romie sbb hantar balik rumah lepas habis kelas malam sbb ayah telupa nak jemput, Thanks Cikgu Kiftiah sbb ajar zapin dulu, ewahh ewaaah, Thanks cikgu2 yg rotan tangan ni dulu, thanks cikgu Rozi, Cikgu Hilmi, Cikgu Yusuf, Cikgu Khairuddin, Cikgu Azlan, Cikgu Manisah dan cikgu2 sekolah rendah yg lain. 

Cikgu Sekolah Rendah Palong 7 (1998-2003)
Terima kasih juga dekat cikgu2 sekolah menengah SMKP7. Bonda a.k.a cikgu Zalina guru addmath, Cikgu Tengku, Cikgu Zaleha, Cikgu Kartini, Cikgu Jazmi, Cikgu Affero, Sir Huang, Cikgu Jidin, Cikgu Azlan, dan cikgu2 yang lain.

Serta guru2 yg pernah mengajar ketika di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan serta UPM. 

Selamat Hari Guru Cikgu-Cikgu Semua, Sayang Cikgu. Jasamu Dikenang

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan PhD ku

Assalamualaikum Entri kali ini adalah berkenaan dengan perjalanan ku untuk mendapatkan PhD pada usia 28 tahun. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa aku untuk menggenggam PhD sebelum aku berusia 30 tahun. Aku pernah letak satu azam pada tahun 2010. Waktu itu aku berada dalam semester pertama pengajian sarjana muda aku di UPM. Aku sedang menunggu bas bersama kawan baikku, Ahmad Amirrul. Kata aku “Mirul, aku nak jadi lecturer. Aku nak dpt PhD sebelum umur aku 30 tahun”. Ya, itulah ayat aku. Mungkin passion aku adalah mengajar. Aku tak biarkan azam aku tu menjadi angan-angan semata-mata. Alhamdulillah selepas tamat pengajian Master di universiti yang sama pada Jun 2016, aku mendaftarkan diri dalam pengajian doktor falsafah, kejuruteraan perisian (Software Engineering) di fakulti yang sama iaitu Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM pada tahun yang sama bulan September 2016.

Titik Mulaku sebagai calon PhD

Assalamualaikum... Pada zaman dahulu kira-kira enam tahun lepas, aku mula berhasrat untuk penyambung pelajaran hingga ke PhD. Sewaktu itu, aku masih berumur dalam lingkungan 20 tahun di mana aku masih berada di peringkat sarjana muda. Aku sering menyatakan hasrat tersebut kepada kawanku kerana minatku yang mendalam dalam menjadi pengajar dalam bidangku iaitu kejuruteraan perisian.