Skip to main content

Beza Pelajar Degree vs Master

Assalamualaikum...

Diharapkan pembaca blog aku ini sihat-sihat sahaja ya. Ada ker pembaca? hewww.. Aku tahu blog aku ini tak ada yang baca pun. Follower pun tak ada. Tapi takpe la. Mungkin ada yang diluar sana sedang membaca warkah aku ni. 

Baiklah kawan-kawan. Tanpa melengahkan masa lagi, eloklah kite memulakan entry kali ini yang
bertajuk, "Beza Pelajar Degree vs Pelajar Master"




Pada Zaman Dahulu....

Waktu tu umur aku 9 tahun. Kami satu family sedang borak-borak dalam bilik. Mak tanya, 
"Uda nak masuk U tak?" (Uda tu aku la). 

Haha. Tanpa teragak-agak, aku jawab

"Uda nak masuk U!" huuu. 

Di situlah permulaan keinginan aku untuk masuk U. Selepas tamat matrik, aku melanjutkan pelajaran sarjana muda di UPM serdang. Selepas tamat sarjana muda, aku sambung pula pengajianku dalam ijazah sarjana di university yang sama dalam bidang yang sama. 

Alhamdulillah...
Kini aku berada dalam semester ketiga pengajian. Hanya tinggal satu semester sahaja lagi untuk aku tamatkan ijazah sarjana ini. 

Sungguh sukar pada mulanya untuk survive sebagai pelajar master jika mahu dibandingkan dengan life sewaktu degree dahulu. 

Antara beza yang dapat aku observe sepanjang pengajian ialah komunikasi antara pelajar dan lecturer lebih akrab seperti kawan-kawan. Jika dibandingkan waktu degree dahulu, antara pelajar dan lecturer tu macam ada gap or jurang yang sangat besar. Lecturer pun macam layan student dia ala kadar sahaja. Tapi bila master student ni, lecturer layan student dia sangat best. Siap betepuk bertampar, gurau-gurau, sesi hati ke hati, sesi makan sama-sama. lecturer pun lebih hati-hati kalau nak keluarkan fakta sebab most of them takut pelajar akan serang balik dengan fakta yang mereka ada (kebanyakan foreigner). 

Dalam pada itu juga, kita akan dapat ramai kawan-kawan baru yang datang dari industri. Kebanyakannya makcik-pakcik kerja kerajaan ni, foreigner dan pekerja-pekerja swasta. 
Mereka semua matang dalam menyampaikan hujah dan jawapan dan situasi ini jauh berbeza sewaktu zaman degree dahulu sebab coursemate kita adalah sebaya dengan kita dalam linkungan umur 19-24tahun. 

Kini, kawan-kawan aku semuanya 30-60tahun. Aku boleh diibaratkan pelajar paling muda la dalam kelas. Tapi alhamdulillah, pengalaman bekerja dalam industri selama dua tahun sehingga sekarang banyak mematangkan cara aku berfikir. Matang ke? hahaa

Tidak dapat dinafikan, bekerja di waktu pagi 8am-5pm dan kelas selewat 6.30pm-9.30pm sangat memenatkan. Ilmu harus dicari, tiada benda yang semudah ABC, dan tiada perkara yang sesenang 123. Semuanya memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, kita tidak akan dapat merasai kemanisan setiap kejayaan yang kita peroleh. 

Alhamdulillah, berkat usaha serta doa kedua-dua ibubapa, keputusan setiap semester tidak menghampakan. Harap ia berterusan dan menjadi penyuntik semangat kepada adik-adik serta kawan-kawan yang lain. 

Sememangnya, sewaktu degree dahulu, kita dimandikan dengan pelbagai info daripada pensyarah, kini, aku harus mencari semuanya melalui journal-journal. Setiap kelas yang dipelajari mesti ade journal yang kena submit, dan due date nya sangat dekat. Hanya Allah yang tahu setiap pengorbanan yang diperlukan untuk menyiapkan setiap tugasan. 

Oleh kerana aku menyambung pengajian dalam kerja kursus/coursework/tanpa thesis, so, assignment yang dapat sangatlah banyak. Dalam seminggu, hampir 3 ke 4 assignment dan journal yang perlu disiapkan. Huhhhh...Doa ibu bapa yang membuatkan aku kuat. 

Sebab itulah setiap hujung minggu atau weekdays, jika kawan ajak keluar, aku akan cuba untuk tidak keluar.Tapi kadang-kadang kena juga release stress ni. Taknakla habis-habis master nanti terus mental problem. Setakat ini, kawan-kawan faham situasi aku. 

Pembahagian masa untuk Keluarga, Pelajaran, Kawan dan Kerja kadang kala sangat sukar, tapi aku cuba yang terbaik untuk menjaga hati semua orang. 

Mungkin masa zaman matrik, kita fikir life degree nanti akan lebih leisure and zaman master nanti akan berpuluh kali leisure. Tapi melihat situasi aku sekarang,,,


Master is about time management. Trouble comes when you think you have Time. So, gain control of your Time, and you will gain control of your L I F E.

Good Luck guys!
Anakcikmat 26/8/15

Update January 2020 : Alhamdulillah, Aku dah habis PhD !!!. Boleh baca post aku ni. Klik link bawah ni.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perjalanan PhD ku

Assalamualaikum Entri kali ini adalah berkenaan dengan perjalanan ku untuk mendapatkan PhD pada usia 28 tahun. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa aku untuk menggenggam PhD sebelum aku berusia 30 tahun. Aku pernah letak satu azam pada tahun 2010. Waktu itu aku berada dalam semester pertama pengajian sarjana muda aku di UPM. Aku sedang menunggu bas bersama kawan baikku, Ahmad Amirrul. Kata aku “Mirul, aku nak jadi lecturer. Aku nak dpt PhD sebelum umur aku 30 tahun”. Ya, itulah ayat aku. Mungkin passion aku adalah mengajar. Aku tak biarkan azam aku tu menjadi angan-angan semata-mata. Alhamdulillah selepas tamat pengajian Master di universiti yang sama pada Jun 2016, aku mendaftarkan diri dalam pengajian doktor falsafah, kejuruteraan perisian (Software Engineering) di fakulti yang sama iaitu Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM pada tahun yang sama bulan September 2016.

Selamat Hari Guru 2017

Aku dibesarkan di kampung. Mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas (f) P/7. Setiap hari mak hantarku ke sekolah jalan kaki sejauh 0.5km. Mak akan mengait baju di pondok berhadapan dengan kelas kerana khuatir akanku yang sering menangis. Cikgu Lina seorang guru kelas yang baik. Mak akan senyap2 balik ke rumah bila dia tgk aku macam dah ok. kadang2 bila mak kantoi tinggalkan aku, aku nangis2 balik rumah tinggalkan kelas tadika tu. Pening cikgu tu dibuatnya. Sory Cikgu.  

Titik Mulaku sebagai calon PhD

Assalamualaikum... Pada zaman dahulu kira-kira enam tahun lepas, aku mula berhasrat untuk penyambung pelajaran hingga ke PhD. Sewaktu itu, aku masih berumur dalam lingkungan 20 tahun di mana aku masih berada di peringkat sarjana muda. Aku sering menyatakan hasrat tersebut kepada kawanku kerana minatku yang mendalam dalam menjadi pengajar dalam bidangku iaitu kejuruteraan perisian.