Skip to main content

Ramadhan Journey 2015

Assalamualaikum...

Ramadhan Kareem

Hai semua, Apa khabar? Harap semua sihat hendaknya.
Pejam celik pejam celik kita dah pun masuk 10 Romadhon terakhir tahun ni.
Rasa sangat sekejap dan tak puas rasanya nak kaut semua pahala yang ada.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh aku setiap tahun.
Jom baca corat coret ramadhan saya kali ini.

1st Day
Well, rugi sedikit bagi aku sebab aku tak dapat pergi terawih pertama berjemaah sebab masa tu aku ada exam kat upm paper Software Quality. Mula pukul 8.30pm sampai 10.30pm.
Alhamdulillah, dapat juga jawab walaupun rasa tak yakin dengan diri sendiri. Terasa seronok jawab paper tu sebab tahu esoknya puasa.


Masa malam sebelum tido tu, aku dah prepare masak nasi untuk sahur nanti.
Aku selalu tanya housmet dia nak makan apa masa sahur nanti, tapi dia ni pulak jenis yang tak tahu nak makan apa. So aku pun terpikir nak masak ikan goreng yang aku beli kat pasar tani putrajaya tadi dengan masak sayur. Hari pertama aku set jam pukul 4am sebab masa kat rumah, mak selalu bangun pukul 4am.
Aku bangun awal bukan apa, sebab nak tunggu ikan dalam peti ais tu cair. Itu pun dah kene tunggu dalam 10minit. Bila bangun je pukul 4am tu, aku kene kejut housmet sebab dia nak balik kampung flight nye pukul 7am ke Kedah. So aku pun suruh dia bangun mandi sambil aku prepare benda yang nak dimasak.

Ikan goreng, sayur goreng and tea o suam siap dalam masa 15 minit.

Kami pun makan dengan rushing nya sebab dia nak aku hantar dia awal ke ERL putrajaya before jam 5am. Dengan basuh muka nya, aku pun drive sepantas kelajuan cahaya ke ERL putrajaya. 10 min sampai dari Serdang ke ERL.

So, lepas hantar dia, aku pun siap-siap nak pergi kerja masuk pukul 8am.
Petangnya, disebabkan aku berbuka seorang diri, aku pun masak nasi goreng dengan telo dada campur fries dengan air tea o.

Lazatnyaaaa. Habis diet aku haritu.

2nd Day
Planning nak berbuka dengan Amsyar, adik no5 aku kat ukm tu, plus ambil barang dia letak kat rumah aku sebab dia baru habis exam and cuti 3bulan. So, lepas habis waktu bekerja, gigihla aku ke ukm nak ambil barang amsyar, ingat nak bebuka sekali ngan adik aku yang no4 keje kat Ted Boy bangsar south tu. Tapi apekan daya, amsyar dah plan nak bebuka dengan kawan-kawan dia. yelah, hari-hari terakhir bersama kawan sebelum terpisah untuk 3bulan kan.

Dengan berat hati, aku pun hantar mesej kat Adib/Atih yang aku and amsyar tak dapat bebuka sama. Walaupun atih kecewa, tapi aku redo. Aku cakap,  esok aku p tempat dia.

Lepas ambil barang-barang amsyar letak kat bilik kosong tingkat atas umah tu, aku pun ke bazar ramadhan seri serdang. Mengucap panjang aku tengok lautan manusia yang bergesel-gesel, berhimpit-himpitan nak beli itu ini. Aku plan nak beli dua benda je,

1: Bihun goreng, 
2: Karipap Sardin (my fav)

Pusing punya pusing, akhirnya jumpa satu-satunya kedai yang jual bihun goreng. Tengok macam lazat, so aku pun beli la, dapat extra lagi. Dalam hati aku "Baik sungguh akak ini, gituu"
Jalan-jalan lagi, Yessss!! jumpa akak karipap yang aku selalu beli pagi-pagi before g keje. Akak karipap tu sampai kenal aku. Muka aku ni dah macam karipap sardin dah agaknya.

Aku pun balik, plan nak beli air, tapi macam membazir pula. Bulan puasa ni mak aku tak ajar boros.
Balik-balik tengok tv before berbuka.

Azan pun berkumandang. Kurma sebijik then terus aku makan karipap tu. Karipap tu tak pernah menghampakan. Sedap!
Lepas tu makan bihun goreng tu. Sekali ngapp, lama aku fikir,
"Kenapa bihun ni boleh rasa macam ni"

2nd ngapp
"Aku rasa aku masak lagi sedap daripada ni"

3rd ngapp
"Eh, kenapa ade rasa kacang tanah ni, Oh tidakkk, jerawatttt nanti"

4rd ngapp
"OMG, patutla dia bagi murah and extra lagi, sebab tak sedap!!!"

Aku pun sedaya upaya habiskan juga sebab tak baik membazir. Tak kisah la jerawat pun jerawat la. Yang penting kene habiskan sebab ramai lagi kat lua sana yang tak cukup makanan. Itulah tujuan kita berpuasa sebenarnya untuk mengingati golongan fakir.

So takpelah, lagipun berbuka sorang aku tak kisah sangat, telo mata sebijik pun aku boleh makan. Aku ni tak memilih sangat pun.
Alhamdulilah, dapat ke masjid upm malam ni. Rasa dekat denganNya.
Sahur pagi tu, aku hanya minum air susu omega dengan kurma plus air kosong. Alhamdulillah. Sahur seorang tak selera sangat nak masak beriye-riye sangat.

3rd Day
Yayyy, Harini hari jumaat. Dah plan dengan amsyar nak bawak dia berbuka dengan atih kat bangsar. Balik kerja, aku terus ambil dia, Tak plan pun nak bawak kete sampai bangsar sebab aku tak suka jem.

So aku park kat KTM serdang then naik ktm turun kat kerinchi. lallaalala seronok nya naik train sebab dah hampir 4tahun tak naik train.

Before sampai tu, aku tanya atih nak makan apa. Dia minta nasi kerabu plus ayam berempah. Dia nak bahagian kepak. Not my fav at all. haha. xreti  makan nasi kaler-kaler ni. And atih minta nasi goreng ayam berempah untuk gf dia, gitu.

Aku pun carila bazar yang terdekat dengan The Sphere tempat adik aku keje as barista kat ted boy tu. Bazaria Pantai Dalam OK.. Ko bayangkan betapa jauhnya kami jalan. Tapi xpe, demi adik terchenta ke? haha.
Lepas beli semua, aku pun ke tempat keje atih borak-borak dengan dia and gf dia, tengok cara dia buat coffee yang ade corak-corak kat atas dia tu. Lawa, seni jugak adik aku ni, well, tengok la abg dia, Eh... hahaa.. joking.

lepas tu kami pun bebuka, sempat bergambar dengan mereka. huuu.



Lepas berbuka, aku and amsyar pun pulang menaiki train. Atih sempat bekalkan aku roti and kek ted boy. Best..
Sahur pagi tu aku just panaskan roti yang atih bagi tu dalam oven je, then kami pun makan dengan bahagianya

4rd Day
Harini plan nak berbuka dengan akak kat putrajaya dengan Iman Qistina and Iman Qays (anak buah).
Seronok diorang pak uda (me) dia datang. hahaa. Tapi diorang ni sangat takot dengan aku. Sebab aku ni tegas gitu. Tegaske???

Akak masak ketam masak telur masin (not my fav seafood at all sebab susah nak makan, isi sejemput je) and akak masak ayam masak lemak cili api. Tapi kuah akak cair sikit, kurang santan kot. Tapi akak masak memeng best. Siap bawak bekal untuk juadah bersahur nanti.
Pagi sahur tu, aku panaskan lauk yang akak bagi tadi. Aku suruh amsyr habiskan ketam tu sebab aku memang tak suka ketam. Ikan and ayam lagi aku prefer. Mak pun kalau masak ketam kat umah mesti dia masakkan ikan untuk aku. huuuu.

5th Day
Harini berbuka seorang, So aku berbuka dengan kurma and air. Alhamdulillah. Bila seorang aku xkisah sangat. huuu... Sahur pun makan nestum and susu omega.

6th Day
Housemate balik daripada kedah. So aku masak ayam masak lemak cili api ala n9. kaw kaw punya. housmet suka nak betambah-tambah nasi. Bukan org n9 kalau xtau masak lemak cili api kan. Nasi pulak aku tambah daun pandan sikit bagi bau wangi. and ak masak sayur cendawan ala-ala chinese.
housmet ajak p bazar tapi aku malas sebenarnya sebab ramai sangat orang. So aku pun p la ngan dia naik moto walaupun xsampai 100meter pun bazar dpd rumah, sebab aku cakap aku penat.
Pusing punya pusing jumpa la tepung pelita dia.

Once bebuka, dia telan tepung pelita dia dulu. Xsedap and xmasak lagi. Cair je.
housmet dengan marahnya terus update status kat fb. Akekekeke. Aku gelakkan aje.



Sahur pulak aku panaskan je lauk tu and masak telo dada special sufri and goreng pekasam yang housmet bawak daripada kedah. Honestly, aku lagi suka ikan masin biasa yang kecik-kecik tu.. heheee. Tapi tetap best.

7th Day
Habis orang kat opis aku tanya nak masak apa harini. Lastly aku decide nak masak kurma ayam plus kentang. Mengidam sebenarnya sebab mak dah lama tak masak kurma ayam. Aku pun masak dengan senang hati.

Hari ni lambat masak sikit, pukul 6pm baru masak. 6.30pm siap then terus p joging ngan housemate sebab lauk semua dah siap.
Kasut sukan aku pulak tertinggal kat opis, so aku pun muatkan kaki aku yang besar ni kat kasut sukan housmet yang kecik tu. cukup 2round jog kat Tasik Sri Serdang, kaki aku melecet. Sampai ke rumah aku bebel kat housmet sebab dia cakap muat. Bila aku bebel, dia ejek aku. Dengan tonjit-tonjit nye jalan sebab sakit, aku singgah bazar ngan housmet beli roti jala. Akak tu baik sangat, dia bagi free sushi malaysia. Sebab aku tanya akak tu, tu kueh apa. Tapi aku xberani beli sebab takot tak sedap and membazir. Tapi akak tu baik hati sangat. Murahkan rezeki akak tu ya Allah.

Bes kuih akak tu. Tq Akak.

Sahur tu aku just panaskan lauk kurma tu and goreng sayur. Alhamdulillah

8th Day
Cuti semester adik housmet (ayen) dah abis, So dia pun pulang. Dewa (kawan housmet ) pun datang.
Harini aku plan nak masak ikan kembung sambal and masak lemak labu, best sebab ade daun kunyit.

Masak lemak labu makanan fav aku. Tapi malangnya semua orang tak minat. Diorang cakap eksotik sangat. huh?? Yelah, aku kan orang kampung. Aku sangat sukakan labu.
Pagi tu disebabkan diorang xmakan labu, aku masak sambal hotdog untuk sahur plus panaskan lauk labu fav aku. huuu. And goreng pekasam housmet lagi seekor yang tinggal.  Best.

9th Day
Plan nak masak ayam masak kari. So aku pun belila bahan-bahan kat Pasaraya HeroMart sri serdang.
Pastu akku pun goreng kobis bunga. huu.. Lepas berbuka, aku terus siap-siap balik kampung dengan akak.
Bangah suruh singgah kat umah dia ambil jeli kelapa yang dia buat. Best.
Lepas borak-borak, sampai rumah pukul 12.30am
Mak terjaga dengar suara cucu dia. hahaa. Then dia tidur balik.

Sahur tu, mak masak sambal sotong best sangat. hehee.
Lepas subuh, teman mak jahit baju Iman Qistina. Akak belajar ngan mak, aku tengokkan aje.
Bila dah terang, aku tengok ayam-ayam mak kat belakang sambil borak-borak ngan mak. hehehe.
Nenek aku ade time tu, nenek malu sebab aku nampak dia sarapan. Dia dah uzur, umor pun dah 80 lebih dah. Kene ambil insulin sebab kencing manis katanya.

Tiba-tiba masak mak goreng ayam tengah hari tu, aku tenampak akak nak masukkan ayam goreng tu dalam mulut dia. Aku pun cakap "ahahaha, ko xpuasa heaaaaa kak, Kantoi?" dia malu, dia cakap "bodoh la ko ni der" hahhaaa. kelakar je. terus dia xjadi makan. eleh ingat aku tak tau, lepas aku pegi, ko terus ngap ayam goreng mak tu kan. hahahaa

Malam tu mak masak sambal ayam. Best, betambah-tambah aku makan. huuuu.
Balik terawih, makan lagi karipap tadi ayah beli. karipap sardin. Ayah ni tau-tau je aku suka kueh tu.

Sahur macam biasa, panaskan lauk and mak masak sayur sikit plus air milo (air wajib sahur kalau kat kampung)

10th Day
Alaaa, harini nak balik KL balik. xsempat nak bebuka lagi. Mak bekalkan sambal ikan talapia untuk aku and akak. Dua ekor untuk aku, dua ekor untuk akak. Pukul 2pm sharp aku gerak. Sedih nak tinggalkan mak ayah. Well, macam biasa, Iman qistina yang duduk belakang xleh nakal kalau naik ngan aku. Dia pun tido sampai la Botejaya (iman qistina ckp putrajaya as botejaya). So bila sampai Bote, ala-ala orang perak cakap, iman pun bangun. Iman qays yang akak aku pangku dari tadi dah bangun. Rindu adidi (dady) dia la tu yang kerja as police.

Kami singgah MPH alamanda kejap sebab akak nak habiskan voucher buku aku lg RM100. Aku ajak housmet sekali sebab dia nak main ngan Iman Qays. Sempat la dia main-main ngan qays dalam sejam. Akak beli buku frozen iman and buku membaca Jane and Peter. huuu.

Ni gambar dengan Iman Qays



Lepas anta akak, aku balik and terus masak nasi dalam kol 7pm. Nasib sempat.
Kami pun makan lauk yang mak bekalkan tadi.

Sahur kami makan lagi ikan yang seekor tu. Alhamdulillah.

11th Day
Harini goreng sambal kering hotdog+kentang+fish kek ala sufri. huuuu. dengan goreng sayur.
Best la jugak. Aku suka ade orang tolong kat dapur, tapi aku prefer sorang2 masak. Sebab laki ni kalau masak, mesti ada yang tak puas hati, sorang nak masuk bawang dlu, sorang xnak, lama-lama masam muka. So now, kalau housmet nak tolong, aku bia je, Aku tau dia nak tolong. hehe. Tapi dia masak best juga.

Alhamdulillah. Sahur aku terjaga lambat sikit, Just panaskan lauk sahaja. Waktu sahur selalu aku xnak sesiapa pun bangun sebab aku nak diorang tidur dengan secukupnya. heee.

12th Day
Harini plan nak masak sup ayam plus sambal ikan. hehee. Dewa(kawan housmet yang datang umah) xsuka sangat ayam. hee. Aku try masak supaya semua makan. Xnak la jadi kes lemak labu tadi. hahaa.

Sahur macam biasa, panas-panaskan aje plus telo dada ala sufriiiiii. hahaaa.

13th Day
Kami masak sambal ikan bilis plus kentang.
and sayur sikit. Kami lebih besederhana puasa tahun ni. G bazar pun xsampai 3kali pun.
Asalkan perut kenyang. Xboleh biasakn diri sangat g bazar.

Sahur macam biasa laaaa. akekeekeke.

14th Day
Harini masak ikan tenggiri belado ala-ala n9. Sedap isinya lemak-lemak xmual. huuu. Then goreng kubis bunga plus carrot. Maklumla, aku ni reti masak masakan kampung je.

Sahur pulak terjaga lambat sikit, so xsempat nak goreng itu ini. Just panaskan laok and nasi sahaja. Kami sambil sahur mesti bukak tv3 tengok cerita chef ramadhan. hahaa.

15th Day
housmet tanya nak masak apa, aku cakap, tengokla apa yang ade kat peti tu. Balik keje terus aku keluarkan ikan kembong and prepare nak masak. Harini nak masak sambal ikan lagi la n sayor cendawan.
Best jugak. Naik selera bila ada ikan masin.

Sahur pulak, well, as usual. eh... hahaa.

16th Day
Harini special sikit, Payed (housemate lama) datang dari kelantan bersama wife denga anaknya yg comel untuk berbuka. Dia berbuka dengan coursemate dia sebenarnya (exForestry upm) tapi aku join je sebab semua aku kenal. hehee.
Kami berbuka dia Perantau restoren kat Bangi lama. Makan dia best best belaka.
Seriously. huuuu. Ni gambar kami.



Lepas tu kami p ioi mall city main bowling.


Aku dapat no3 je daripa 6orang. AHahahaa. Xretii laa.

Balik tu aku beli sardin tin jenama Ayam Brand untuk sahur. huuu.
Plus telo dada. Best jugakk...

17th Day
Harini janji ngan Syahmi (exCoursemate). Tunggu dia kat ktm serdang dari pukul 8.30am , pukul 10.30am baru dia sampai, dia tertido. Dimaafkan. Nasib bulan puasa kan. katanya nak buat IC and Passport. katanya bukak. Sampai JPN Botejaya, tutup, dia tulis kat pintu tu, kat stesen kajang bukak. Sampai-sampai stesen kajang, TUTUPP. Nuzul Quran rupanya. Akekeke, redooo.

Aku pun decide tgk Poltegiest kat IOI city mall. Seram jugak. Then kami shopping raya sikit before jumpa Mirul (exCoursemate) kat Seoul Garden Mines untuk iftar. Nasib dah Book awal. huu. Banyak juga aku makan, Tapi dalam masa yang sama kene kawal jugak takot gemss.


Xsempat nak bergambar dengan syahmi. Balik tu aku bungkus Pizza untuk housemate. Hawaiian chicken. Bolehla. Takot diorang terasa aku tak ajak diorang. Bukan apa, takot awkward. huuu.

18th Day
Plan nak hantar Bacan (exHousemate yg datang melawat) harini ke stesen duta. sampai duta kol 2pm, tiketnya pukul 9.25pm. Acane? kami pun decide p Ikea beli belah.

Dalam pukul 6 kami nak bayar, ada chinese ni depan kami sangat baik. Dia bagi kami bayar dulu sebab kami nak berbuka dah. Tq Uncle and auntie.

Kami pun p Sunway Mall sebelah PWTC. Plan nak makan kfc je, tapi kat situ takde. housmet la ckp ade. So kami pun jalan kaki sikit je g kfc chow kit belakang tu.
Ramainya indonesian. agagaga. Xpe. Diorang pun manusia kan.
kami makan dengan lazatnya beli set 9ketol tu.

Then hantar bacan balik ke Stesen Duta. Bye Bye bacan. Bacan lupa bayar duit ikea tadi kat housmet , Aku gelakkan aje.

Sahur aku masak apa yang ade je. Ayam goreng dengan kicap.

19th Day
Menu harini, sambal ikan bilis and ikan tenggiri masak asam housmet , Resepi dia. Best jugak. huuu. Then aku masak fries sikit. Alhamdulillah.

Sahur panaskan sahaja lauk yang ada.

20th Day
Masak kari ayam harini dengan sambal kering hotdog dengan kentang plus sayor. huu. Tapi nasik special cikit. Aku tiru resepi ketuk-ketuk ramadhan sheila rusly tu. Aku buat macam nasi ayam. Tumis bawang and halia plus stok ayam n tambah serbuk kunyit sikit n masak.

Betambah-tambah adik housmet  and dewa. Alhamdulillah, Sedap la kot walaupun perkataan tu xterkeluar dari mulut diorang. heee.

Aku harap dapat berbakti lagi untuk kawan-kawan pada masa yang akan datang. Seronok sebenarnya tengok orang makan makanan kita. Tapi ade satu hari aku masak kailan tu masin sangat, lepas rasa masa bebuka, aku terus xhidang. Malu makanan xjadi. Sebab tu aku fobia dengan garam, better xyah ubuh garam. hahaa.
And aku tak faham peniaga yang rasa makanan diorang "sedap" and tergamak nak jual and kaut keuntungan.  Allahuakbar.
Semoga kita mengejar Ramadhan ini. Mungkin ini ramadhan kita yang terakhir.
Selamat berpuasa dan ikhlas dalam setiap tingkah laku anda.
Allah itu nampak apa yang anda buat walaupun sebesar zarah.
Jangan terlalu berkira-kira dengan orang. Dalam rezeki kita ni ada bahagian untuk orang lain juga.
Wallahualam.

p/s: Jangan lupa bayar fitrah k. Ramadan Kareem




Comments

  1. eng ni nak memalkan a je kan.... ma a a xpuas..heh! lep it it buk nya ket ik mas.. it ket tel mas...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perjalanan PhD ku

Assalamualaikum Entri kali ini adalah berkenaan dengan perjalanan ku untuk mendapatkan PhD pada usia 28 tahun. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa aku untuk menggenggam PhD sebelum aku berusia 30 tahun. Aku pernah letak satu azam pada tahun 2010. Waktu itu aku berada dalam semester pertama pengajian sarjana muda aku di UPM. Aku sedang menunggu bas bersama kawan baikku, Ahmad Amirrul. Kata aku “Mirul, aku nak jadi lecturer. Aku nak dpt PhD sebelum umur aku 30 tahun”. Ya, itulah ayat aku. Mungkin passion aku adalah mengajar. Aku tak biarkan azam aku tu menjadi angan-angan semata-mata. Alhamdulillah selepas tamat pengajian Master di universiti yang sama pada Jun 2016, aku mendaftarkan diri dalam pengajian doktor falsafah, kejuruteraan perisian (Software Engineering) di fakulti yang sama iaitu Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM pada tahun yang sama bulan September 2016.

Selamat Hari Guru 2017

Aku dibesarkan di kampung. Mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas (f) P/7. Setiap hari mak hantarku ke sekolah jalan kaki sejauh 0.5km. Mak akan mengait baju di pondok berhadapan dengan kelas kerana khuatir akanku yang sering menangis. Cikgu Lina seorang guru kelas yang baik. Mak akan senyap2 balik ke rumah bila dia tgk aku macam dah ok. kadang2 bila mak kantoi tinggalkan aku, aku nangis2 balik rumah tinggalkan kelas tadika tu. Pening cikgu tu dibuatnya. Sory Cikgu.  

Titik Mulaku sebagai calon PhD

Assalamualaikum... Pada zaman dahulu kira-kira enam tahun lepas, aku mula berhasrat untuk penyambung pelajaran hingga ke PhD. Sewaktu itu, aku masih berumur dalam lingkungan 20 tahun di mana aku masih berada di peringkat sarjana muda. Aku sering menyatakan hasrat tersebut kepada kawanku kerana minatku yang mendalam dalam menjadi pengajar dalam bidangku iaitu kejuruteraan perisian.