Skip to main content

Jam Awak Quartz ke Mekanikal? Cubalah Check...


Assalamualaikum...

Dalam kesibukan bekerja, belajar dan journal-journal yang perlu dihantar minggu depan, sempat juga nak buat entry pasal Jam ni sebab tadi tengok-tengok Lazada (tengok je yang mampu), terjumpa pulak koleksi-koleksi jam yang sememangnya cantik-cantik. Ada yang warna merah, hijau, unggu, putih, kelabu, tapi aku tetap suka warna hitam dan tak suka yang diperbuat daripada besi. Biasalah, jiwa muda.



Tiba-tiba, aku teringat dari kecil lagi aku nampak dekat jam tu ada tulis Quartz. Rupanya setelah dikaji dan dibuat ujikaji dan kertas litmus juga bertukar kepada warna keemas-emasan, inilah hasilnya....

Quartz tu adalah salah satu daripada jenis pergerakan jarum jam. Gerakan jam tangan atau boleh juga disebut sebagai "calibre" ini adalah benda yan paling penting dalam jam tangan atau enjin jam tangan ala-ala jantung gitu yang bertindak sebagai kuasa yang paling besar untuk menggerakkan jam tangan.

Makanisme itu yang menggerakkan jam tangan dan memberi fungsi yang hebat kepada jam tangan seperti kronografi, kalendar ataupun zon masa kita. Oleh yang demikian, pergerakan jam tangan juga penting untuk memberikan masa yang tepat kepada kita.

Pada zaman dahulu lagi, banyak betul kilang-kilang yang mengeluarkan jam mereka sendiri dan mengeluarkan pergerakan jarum jam yang berbeza-beza, tetapi setiap gerakan-gerakan yang dihasilkan itu akan jatuh kedalam salah satu daripada dua kategori ini iaitu Quartz (kuarza) atau Mekanikal.

Ada cara yang M U D A H untuk membezakan jam awak tu guna gerakan Quartz atau Mekanikal dengan cara melihat jarum jam kamu tu.
Untuk gerakan Quartz, jarum jam mempunyai gerakan tik tik tik ala~ala knock knock gitu yang bergerak sekali sesaat manakala pergerakan jarum jam Mekanikal smooth sahaja, tidak ada tik tik.
Boleh tengok ilustrasi kat bawah ni.

<- Mekanikal  |  Quartz ->

Jarum jam Mekanikal yang sebelah kiri tu smooth je kan. yang Quartz sebelah kanan tu beriye-iye menge'tik'.
Beza antara dua pergerakan ini adalah seperti di bawah ni ha.

Quartz
Pergerakan Quartz adalah sangat T E P A T dan memerlukan penyelenggaraan yang minimum selain penggantian bateri. Jam tangan Quartz tidak begitu diminati oleh peminat jam tangan kerana tidak sehebat jam Mekanikal. Quartz ni ada dalam jenama jam tangan seperti Swatch Swiss, Patek Philippe, dan banyak lagi dan mematuhi piawaian kualiti yang sangat ketat.
Pergerakan Quartz menggunakan bateri sebagai sumber kuasa utama dan mewujudkan kuasa dalam pergerakan Quartz, bateri yang menghantar arus elektrik melalui kristal Quartz kecil, dan hantar kepada kristal untuk membuat getaran. Getaran ini berayun dan menggerakkan motor untuk jam tangan kamu.

Mekanikal
Pergerakan mekanikal sering dipilih daripada Quartz untuk jam tangan mewah kerana tahap kualiti dan ketukangan pergerakan mekanikal yang merecik-recik/ hebat. Dengan ciptaan pembuat jam tangan yang pakar, gerakan-gerakan ini mengandungi siri rumit komponen kecil yang bekerja bersama-sama untuk kuasa jam tangan itu.
Tidak seperti pergerakan Quartz, gerakan mekanikal menggunakan tenaga dari wound spring, dan bukannya bateri, untuk kuasa jam tangan. Spring ini menyimpan tenaga dan pemindahan melalui satu siri gear dan spring, mengawal selia pelepasan tenaga untuk kuasa jam tangan.

Wow, banyaknya fakta, pening dah kepala ni. Sebenarnya banyak lagi info-info yang berguna, tapi carik sendiri lah yer, ini jer yang termampu. kikii.

Sebelum itu, tidak kisah la jam awak itu murah mahupun mahal ya rabbi, tapi janganlah hanya melihat sahaja jam itu bergerak, tetapi jadilah sepertinya, sentiasa bergerak dah memberi manfaat kepada orang lain sehingga hujung hayatnya.
Wasalam.

Info dari : Wixon Jewelers

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan PhD ku

Assalamualaikum Entri kali ini adalah berkenaan dengan perjalanan ku untuk mendapatkan PhD pada usia 28 tahun. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa aku untuk menggenggam PhD sebelum aku berusia 30 tahun. Aku pernah letak satu azam pada tahun 2010. Waktu itu aku berada dalam semester pertama pengajian sarjana muda aku di UPM. Aku sedang menunggu bas bersama kawan baikku, Ahmad Amirrul. Kata aku “Mirul, aku nak jadi lecturer. Aku nak dpt PhD sebelum umur aku 30 tahun”. Ya, itulah ayat aku. Mungkin passion aku adalah mengajar. Aku tak biarkan azam aku tu menjadi angan-angan semata-mata. Alhamdulillah selepas tamat pengajian Master di universiti yang sama pada Jun 2016, aku mendaftarkan diri dalam pengajian doktor falsafah, kejuruteraan perisian (Software Engineering) di fakulti yang sama iaitu Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM pada tahun yang sama bulan September 2016.

Selamat Hari Guru 2017

Aku dibesarkan di kampung. Mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas (f) P/7. Setiap hari mak hantarku ke sekolah jalan kaki sejauh 0.5km. Mak akan mengait baju di pondok berhadapan dengan kelas kerana khuatir akanku yang sering menangis. Cikgu Lina seorang guru kelas yang baik. Mak akan senyap2 balik ke rumah bila dia tgk aku macam dah ok. kadang2 bila mak kantoi tinggalkan aku, aku nangis2 balik rumah tinggalkan kelas tadika tu. Pening cikgu tu dibuatnya. Sory Cikgu.  

Titik Mulaku sebagai calon PhD

Assalamualaikum... Pada zaman dahulu kira-kira enam tahun lepas, aku mula berhasrat untuk penyambung pelajaran hingga ke PhD. Sewaktu itu, aku masih berumur dalam lingkungan 20 tahun di mana aku masih berada di peringkat sarjana muda. Aku sering menyatakan hasrat tersebut kepada kawanku kerana minatku yang mendalam dalam menjadi pengajar dalam bidangku iaitu kejuruteraan perisian.